Sunday, 28 April, 2024  07:50 AM

  • Aktiviti & Berita Terkini
06Jul
Program Latihan Simulasi Avian Influenza (AI)  Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023

Program Latihan Simulasi Avian Influenza (AI) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023

????05 Julai 2023 Rabu

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menjalankan Program Latihan Simulasi Avian Influenza (AI) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023.

Objektif latihan simulasi ini diadakan bagi menguji kesiapsiagaan DVS Melaka dalam menghadapi wabak penyakit zoonotik khasnya Penyakit Avian Influenza (AI) / Seleseme burung.

Penyakit AI ini disebabkan oleh virus H5N1 dan boleh dikelaskan kepada wabak patogenik tinggi (HPAI) atau rendah (LPAI). Unggas yang dijangkiti penyakit ini akan menunjukkan simptom yang berbeza antara satu dengan lain serta menunjukkan kadar kematian yang tinggi.
Disamping menjangkiti pelbagai jenis unggas, penyakit ini juga boleh menjangkiti manusia.

Latihan simulasi ini disertai lebih 60 orang pegawai dari DVS Melaka dan Putrajaya. Evaluator dan controller juga dijemput khas daripada DVS Putrajaya.

Latihan Simulasi lapangan bagi unit kesihatan pula diadakan di Klinik Kesihatan Selandar, Klinik Kesihatan Jasin, dan Hospital Besar Melaka.

Sekalung Terima Kasih Diucapkan kepada Pegawai-Pegawai daripada pelbagai agensi yang terlibat serta masyarakat Kampung Kesang Pajak yang turut berkerjasama bagi menjayakan Latihan Simulasi secara langsung atau tidak secara langsung.

Galeri Gambar

Komen, share dan like https://www.facebook.com/jpvmelaka