Friday, 19 April, 2024  08:15 AM

  • Bahagian Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasa

Mencegah Kezaliman Haiwan

Memastikan bekalan daging tempatan (lembu/kerbau/kambing/bebiri dan babi) daripada sumber yang diluluskan, melalui kawalan penyembelihan

Penyembelihan Haiwan

Memastikan bekalan daging tempatan (lembu/kerbau/kambing/bebiri dan babi) daripada sumber yang diluluskan, melalui kawalan penyembelihan

Peraturan Untuk Megawal Perpindahan Ternakan

Menentukan haiwan tidak dizalimi

Import Eksport Dari Hasil Ternakan

Mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan memastikan semua ladang ternakan mematuhi syarat-syarat lesen penternakan

Visi Dan Misi

Visi

Visi

Industri ternakan dan kebajikan haiwan di negara ini terjamin dan terpelihara

Misi

Misi

Menguatkuasakan peruntukan undang-undang Jabatan secara adil dan saksama kearah membangunkan industri ternakan

Perkhidmatan

Operasi

Merancang dan melaksanakan operasi pencegahan dan penguatkuasaan Undang - Undang Veterinar.

Penyiasatan

Menjalankan penyiasatan kes perlanggaran Undang - Undang Veterinar.

Pendakwaan

Menjalankan pendakwaan di Mahkamah bagi kes - kes perlanggaran Undang-Undang Veterinar yang dikuatkuasakan.

Pengurusan dan Pentadbiran Undang-Undang Veterinar

Memberi khidmat nasihat penguatkuasaan Undang - Undang Veterinar kepada Stakeholder dan Client dalaman DVS.

Fungsi Bahagian

Seksyen Operasi

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan operasi dan perisikan maklumat kepada Penguatkuasa Veterinar Negeri.
  • Memantau perancangan dan pelaksanaan operasi di peringkat Penguatkuasa Veterinar Negeri.
  • Mengurus aduan-aduan awam dan menangani isu-isu berbangkit, berkaitan penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.
  • Merancang dan menyelaras keperluan logistik dan kelengkapan bagi melaksanakan operasi di lapangan.
  • Merancang dan menyelaras operasi-operasi khas dan operasi bersama dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu-isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat.
  • Menyelaras Pentadbiran Am Bahagian.

Seksyen Penyiasatan

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang penyiasatan kes kepada pegawai-pegawai penyiasat di Penguatkuasa Veterinar Negeri.
  • Memantau urusan penyiasatan kes-kes yang diambil di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
  • Menyemak dan membuat ulasan terhadap kertas siasatan bagi kes-kes bermasalah dan perlu dirujuk ke peringkat lebih tinggi.
  • Menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes yang diperolehi daripada operasi-operasi khas dan bagi kes-kes yang memerlukan perhatian khusus.
  • Memantau proses pelupusan barang-barang kes yang telah selesai dan barang kes yang pemiliknya gagal dikenalpasti.
  • Menyelaras dan mengurus pangkalan data berkaitan Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.

Seksyen Pendakwaan

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang pendakwaan kes dan Undang-Undang Jabatan kepada pegawai-pegawai Pendakwa di Penguatkuasa Veterinar Negeri.
  • Memantau urusan pendakwaan kes-kes yang didaftar di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
  • Menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes yang memerlukan perhatian khusus dan kes-kes yang diperolehi dalam operasi-operasi khas yang dijalankan.
  • Menyelaras dan mengurus pelaporan pendakwaan kes Mahkamah.
  • Menyelaras Pentadbiran Kewangan Bahagian.
  • Menyelaras pengurusan aset dan inventori Bahagian.

Seksyen Pengurusan dan Pentadbiran Undang-Undang Veterinar

  • Memberi khidmat nasihat penguatkuasaan Undang-Undang Veterinar kepada Stakeholder dan Client dalam Jabatan Perkhidamatan Veterinar.
  • Mengkaji masalah dan isu-isu penguatkuasaan serta mencadangkan pindaan undang-undang dan peraturan-peraturan bila perlu.
  • Mengkaji dan merangka prosedur-prosedur baharu bagi meningkatkan keberkesanannya.
  • Menyelaras dan memantau aspek Pengurusan Penguatkuaasan Undang-Undang Jabatan.
  • Merancang dan menyelaras kempen-kempen kesedaran terhadap penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.
  • Menyelaras program-program peningkatan kualiti Bahagian Penguatkuasa Veterinar.