Saturday, 12 October, 2024  12:44 PM

  • Bahagian Pembangunan Industri Ternakan

Bahagian Pembangunan Industri Ternakan

OBJEKTIF

Menyediakan pelan dan program pembangunan industri ternakan, melaksanakan program pembangunan dan memberikan perkhidmatan kepakaran teknikal pengeluaran komoditi di negeri Melaka.

FUNGSI

Perancangan

  • Merancang dan menyelaras dasar dan perancangan jabatan.
  • Pemantauan peruntukan program pembangunan jabatan.
  • Pengumpulan data dan statistik industri ternakan negeri Melaka.

Ruminan

  • Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri.
  • Memberi khidmat teknikal dan kepakaran dalam industri pedaging.
  • Mengimport dan mengagihkan baka-baka ternakan lembu/ kerbau dan kambing.

Unggas

  • Mengumpul data dan maklumat industri unggas meliputi pengeluaran, pemasaran, kesihatan dan kualiti bagi tujuan menilai perkembangan.
  • Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran unggas, memantau penggunaan dan keberkesanan penggunaannya.
  • Menyediakan garis panduan, peraturan dan standard kualiti peladangan unggas dan memantau pencapaiannya.
  • Melaksanakan program pemerhatian dan penyelidikan lapangan berkaitan industri unggas.

Aneka Haiwan

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri aneka haiwan yang meliputi ternakan rusa, arnab, burung walit, landak dan burung unta.
  • Menggalakkan aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi.
  • Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan.
  • Membimbing pengusaha industri aneka haiwan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.

Industri Asas Ternakan

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan usahawan Industri Asas Ternakan.
  • Memberi khidmat nasihat pembangunan Industri Asas Ternakan.
  • Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan.
  • Membimbing pengusaha industri asas ternakan ke arah pengamalan kaedah pengilangan yang baik.

Pembiakan Dan Pembakaan

  • Menyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
  • Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
  • Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
  • Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan.
  • Memberi pengiktirafan kepada ternakan pembiak (eBaka).

Latihan

  • Mengenal pasti dan menganjurkan bengkel, kursus dan latihan teknikal yang berterusan untuk setiap kakitangan.
  • Menganjurkan kursus dan latihan kepada pengusaha/ penternak.

Pemakanan

  • Membangun dan meningkatkan aktiviti pengeluaran makanan ternakan di daerah-daerah Negeri Melaka.
  • Membantu menyediakan bahan, alatan dan mesin memproses makanan ternakan.