Friday, 19 April, 2024  07:00 AM

  • Perkhidmatan Industri Tenusu

Perkhidmatan Industri Tenusu

Perkhidmatan Industri Tenusu
  • Memberi perkhidmatan pengembangan veterinar.
  • Mengendali, menyimpan, memproses, dan memasarkan susu.
  • Menyelaraskan pembayaran susu untuk PPIT Negeri Melaka dibayar kepada penternak melalui Koperasi Serbaguna Tenusu Negeri Melaka.

Piagam Pelanggan

Penerimaan Susu

Menerima susu dari penternak dalam masa penerimaan yang ditetapkan dengan syarat lulus ujian-ujian berikut :

  • Ujian organoleptik
  • Ujian alkohol/pH
  • Ujian SG (Keutamaan bandingan)
  • Ujian SNF (Pepejal susu tanpa lemak)

Menentu Pembayaran Hasil Susu

Pembayaran hasil susu ditentukan mengikut gred, berasaskan kualiti kandungan susu dan tahap kebersihan yang ditetapkan. Bayaran dijelaskan selewat-lewatnya pada10 haribulan pada bulan berikutnya.

Permohonan Pembelian Lembu

Kelulusan permohonan pembelian lembu akan diberitahu dalam tempuh tiga bulan dari tutup permohonan dengan syarat :

  • Butiran yang diperlukan adalah teratur
  • Menepati syarat-syarat permohonan lengkap

Bekalan Lembu

Bekalan lembu kepada penternak akan dibuat dalam tempuh tiga bulan tarikh kelulusan bergantung kepada :

  • Stok lembu yang bersesuaian untuk diagihkan
  • Kemampuan pemohon menyediakan infrastruktur
  • Kemampuan pemohon menyediakan sumber kewangan

Perkhidmatan atas Permintaan

Sentiasa bersedia menyampaikan perkhidmatan di lapangan dalam masa 2 jam (waktu bekerja) selepas menerima permintaan