Saturday, 20 April, 2024  01:55 AM

  • Bahagian khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Melaka dan khusus untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Aset, Unit Pengurusan Sumber Manusia dan Unit Kewangan dan Akaun bagi memenuhi fungsi Bahagian supaya pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur

Fungsi

UNIT KEWANGAN DAN AKAUN

Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.

Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus.

Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan Kewangan seperti pembayaran gaji dan lain-lain.

UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Perkhidmatan dan Perjawatan.

Menguruskan semua urusan personal dari pelantikan hingga persaraan.

Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Perjawatan.

Menguruskan hal ehwal urusan tatatertib.

UNIT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ASET

Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pentadbiran Am termasuk sistem fail.

Bertanggungjawab memastikan keceriaan dan keselamatan pejabat.

Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan urusan keselamatan dan pentadbiran am dan pengurusan aset jabatan.

Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan Aset.

Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pengurusan Aset Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kakitangan.