Majlis penyerahan bantuan selama 3 hari bermula 22-24 November kepada penternak negeri Melaka. Penerima bantuan adalah dari daerah Alor Gajah, Jasin dan juga Melaka Tengah termasuk kawasan Merlimau dan Masjid Tanah melibatkan 51 penerima. Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan Induk Ternakan Lembu Bersubsidi dan juga Input Penternakan seperti mesin perincih rumput dan mesin pemerah susu.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Muhamad Akmal Bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka. Pihak JPV Melaka amat berbesar hati kerana YB dapat meluangkan masa untuk merasmikan majlis tersebut.