Friday, 29 March, 2024  01:27 PM

  • Kuarantin Haiwan

Kuarantin Haiwan

Panduan Kuarantin Ternakan

Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung.

Tujuan Kuarantin Binatang

Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang yang diimport ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik (dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya.

Walaupun binatang-binatang yang diimport biasanya disahkan sihat dan bebas dari penyakit-penyakit berjangkit oleh Penguasa Veterinar di negara eksport tetapi kuarantin masih diperlukan supaya binatang-binatang yang mungkin mengidap penyakit tetapi masih belum menunjukkan tanda-tandanya, dapat diperiksa dan diawasi semasa menjalani kuarantin.

Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies, Anthrax dan Equine Encephalitis.

Penetapan Undang-Undang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedah-kaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin ke atas binatang atau burung apabila perlu.

Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Klang, Kajang dan Rantau Panjang.

Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman.

Keperluan Kurantin

Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan Haiwan 1953 membezakan negara eksport kepada dua kategori iaitu :

  • Negara Schedule termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Ireland Utara , Singapura, Brunei, Jepun dan Sweden.
  • Negara Non-Scheduled selain daripada negara yang di sebut diatas.

Haiwan dari negara scheduled di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport.

Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen kurantin :

Jenis Ternakan / Burung Tujuan diimport Jangkamasa Kurantin
Anjing dan Kucing (dari Negara non-scheduled sahaja) Sebarang tujuan 7 hari - 30 hari
Kuda
* Negara scheduled
* Negara non-scheduled
Sebarang tujuan 14 hari
30 hari
Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri dan babi (Semua negara) Pelihara Penyembelihan 30 hari
10 hari
Burung (semua species)(semua negara) Sebarang tujuan 10 hari -30 hari

Nota :

Sebelum mengimport sebarang ternakan atau burung ke dalam negara Malaysia, kebenaran mesti diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kuasa mutlak untuk tidak membenarkan masuk sebarang ternakan atau burung ke dalam negara. Semua kebenaran masuk adalah tertakluk kepada keperluan yang telah ditetapkan dalam Animal Importation Order 1962 dan keperluan tambahan boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantin boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau semua Stesen Kuarantin :

Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Wisma Tani, Blok Podium,

Lot 4G1, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62630 Putrajaya

Tel: +603-8870 2000

Fax: +603-8888 6021

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka

Jalan Ayer Keroh

75450 Ayer Keroh

Melaka

Tel: +606-325 103

Fax: +606-232 7633

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Bukit Tengah

14000 Bukit Mertajam

Pulau Pinang

Tel: +604-645 1292 / +604-645 1296

Fax: +604-508 4366

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis

Km 3, Jalan Utan Aji,

01000 Kangar, Perlis

Pulau Pinang

Tel: +604-976 1670 / +604-976 1854 / +604-976 6561

Fax: +604-976 4531

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang

Jalan Seri Kemunting 2

25100 Kuantan

Pahang

Tel: +609-513 2277

Fax: +609-514 1498

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

Jalan Kebun Teh,

80250 Johor Bahru

Pahang

Tel: +607-223 2202 / +607-223 2204

Fax: +607-223 2599

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah

Jalan Datok Kumbar,

05300 Alor Setar, Kedah.

Tel: +604-731 0288 / +607-733 6097 / +607-731 0533

Fax: +604-734 4673

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak

Jalan Sultan Azlan Shah Utara

31400 Ipoh

Perak

Tel: +605-545 9111 / +605-545 9122 / +605-545 9133

Fax: +605-548 2712

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan

PO Box, Kubang Kerian,

16150 Kota Bharu, Kelantan

Tel: +609-765 2811 / +609-765 2545 / +609-765 4101

Fax: +609-765 1178

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur

Jinjang

52000 Kuala Lumpur

Tel: +603-626 1683

Fax: +603-627 5731

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan

Peti Surat 173

87008 Labuan

Tel: +6087-414 596

Fax: +6087-415 534

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Jalan Tunku Kurshiah

70400 Seremban

Negeri Seremban

Tel: +606-762 2817

Fax: +606-762 8134

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

Lot2, Jalan Utas, Section 15/7,

40630 Shah Alam,

Selangor.

Tel: +603-550 3900 / +603-559 0491 / +603-550 4742

Fax: +603-550 3903

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah

Tingkat 7, Menara Wisma Khidmat

Jalan Belia, Beg Berkunci 2051

88999 Kota Kinabalu

Sabah

Tel: +6088-238 415 / +603-250 522

Fax: +6088-238 418

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak

Tingkat 3-6, Kompleks Pejabat Kerajaan

Jalan Simpang Tiga

93632

Kuching

Sarawak

Tel: +6082-251 575 / +6082-250 522

Fax: +6082-613 460

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

Jalan Bukit Kechil

Peti Surat 203

20720 Kuala Terengganu

Terengganu

Tel: +609-622 1822

Fax: +609-622 9982

Stesen Kuarantin / Pintu Masuk

Stesen Kurantin KLIA ,

Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA

Jalan Pekeliling 4

64050 Sepang

Tel: +603-8787 2377 / +603-8787 2379

Fax: +603-8787 22378

Stesen

Kelang (South) Port Jalan Tangki Off Jalan Kem,

42000 Pelabuhan Klang.

atau

Aras 3, Wisma Kastam.

Lingkungan Sultan Hishammudin,

42000 Pelabuhan Klang.

Tel: +603-368 3695

Fax: +603-376 2254

Stesen Kurantin

Padang Besar (Utara),

01000 Padang Besar

Tel: +604-949 0230

Fax: +604-949 1163

Pusat Pemeriksaan Veterinar

Komplex Kastom - Imigration

06050 Bukit Kayu Hitam.

Tel: +604-922 1484

Station Kurantina

Rantau Panjang,

17200 Rantau Panjang.

Tel: +609-795 0424

Fax: +609-795 1448

Pusat Pemeriksaan Veterinar

Tanjung Puteri Causeway,

80730 Johore Bahru.

Tel: +607-222 4262

Fax: +607-223 7229

Pusat Pemeriksaan Veterinar

Komplex Sultan Abu Bakar,

Tanjung Kupang

81560 Gelang Patah

Johore

Tel: +607-513 3080

Fax: +607-513 3085

Nota :

Adalah lebih baik untuk menempah terlebih dahulu kemudahan kurantin sebelum membawa masuk ternakan / burung . Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import .

Bayaran Kurantin

Semua ternakan dan burung di Pusat Kurantin akan dikenakan bayaran seperti yang ditunjukan di jadual di bawah :

Jenis Ternakan dan Burung Bayaran Kurantin

Anjing -
saiz besar
saiz kecil
RM 4.00 sehari
RM 3.00 sehari
Kucing - semua saiz RM 3.00 sehari
Kuda RM 10.00 sehari
Lembu / Kerbau RM 4.00 sehari
Kambing / Bebiri RM 1.00 sehari
Sijil Kuarantin RM 2.00 sehari

Bahan-Bahan Yang Dibawa Bersama Binatang-Binatang Import

Semua bahan-bahan (seperti rumput kering, plastik, tulang dan sebagainya) yang dibawa bersama binatang tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penguasa Veterinar. Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan dikuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang difikirkan perlu oleh Pegawai Veterinar seperti pembasmian kuman atau pemusnahan.

Binatang Sebelum Kurantin

Tuan punya perlu memaklumkan kepada pihak Kurantin secara bertulis, secara telefon atau melalui fax paling kurang satu bulan ( minima 7 hari ) sebelum membawa masuk ternakan / burung ke dalam negara. Adalah lebih baik untuk menempah kemudahan di kurantin sebelum membuat sebarang kemasukan ternakan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan kemudian. Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import.

Binatang-Binatang Semasa Berada Dalam Kurantin

Tuan-tuan punya binatang dibenarkan melawat binatang-binatang mereka dengan syarat mereka mematuhi segala peraturan yang dikenakan oleh Pegawai yang bertugas di Stesen Kuarantin. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit merebak kepada atau daripada binatang-binatang yang dikuarantinkan.

Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan atau ujian-ujian yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa. Pihak Penguasa Veterinar juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya dihapuskan dengan segera jika didapati berjangkit ataupun disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang terpaksa dimusnahkan mengikut cara yang difikirkan sesuai.

Binatang-binatang tidak boleh dilepaskan dari Stesen Kuarantin kecuali dengan kebenaran dari Pegawai Veterinar yang mengesahkan bahawa binatang tersebut adalah bebas dari penyakit.

Binatang-Binatang Setelah Dikuarantin

Tuan punya binatang mestilah memerhati keadaan kesihatan binatang-binatang mereka selepas dikuarantinkan dan melaporkan ke Pejabat Veterinar yang berdekatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit.

Binatang-binatang untuk penyembelihan mestilah dihantar terus ke rumah sembelih yang ditentukan setelah menjalani kuarantin.

Kemudahan kurantin

Kemudahan Kurantin terdapat di semua pintu masuk negara seperti di KLIA Sepang, Pelabuhan Klang , Pulau Pinang, Padang Besar and Stesen Kurantin Rantau Panjang .

Station Kurantina Kemudahan
1. Stesen Kuarantin Padang Besar Lembu/Kerbau/Kuda/Kambing/Bebiri/ Anjing/Kucing/Burung
2. Stesen Kuarantin Rantau Panjang Lembu/Kerbau/ Kambing/Bebiri
3. Stesen Kuarantin Bayan Lepas Kuda/Anjing/Kucing/Burung
4. Stesen Kuarantin Pelabuhan Kelang Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri/Kuda
5. Stesen Kuarantin Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur Kuda,Anjings,Kucing,Burung/Lembu/Bebiri/Kambing/Arnab/Hidupan Liar

Jadual diatas menunjukkan kemudahan yang terdapat di beberapa Station Kurantina

Selain Stesen Kurantin di atas, terdapat 5 lagi Stesen Kurantin akan dipertingkatkan iaitu :

Station Kurantina Kemudahan
1. Stesen Kuarantin Labuan Kuda/Anjing/Kucing/Burung
2. Stesen Kuarantin Pelabuhan Kuantan Lembu/Kerbaus/Kambing/Bebiri/Kuda
3. Stesen Kuarantin Bukit Kayu Hitam Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri
4. Stesen Kuarantin "B" Padang Besar Lembu/Kerbau/Kembing/Bebiri
5. Stesen Kuarantin Gelang Patah Johor Kuda/Anjing/Kucing/Burung/Lembu/Bebiri/Kembing

Jadual diatas menunjukan kemudahan yang terdapat di Stesen Kurantin tersebut .

Melalui tanah Melalui laut Melalui udara
Padang Besar Perlis West Port, Klang
Pelabuhan Klang
Lapangan terbang Sultan
Abdui Aziz Shah Subang
Bukit Kayu Hitam, Kedah Pelabuhan Pasir Gudang , Johore Lapang terbang
Antarabangsa Sepang,
Kuala Lumpur
Rantau Panjang, Kelantan Pelabuhan Kuantan , Pahang Lapang Terbang
Antarabangsa Senai,
Johore
Pengkalan Kubor, Kelantan
Station Immigration di Bukit Bunga
Pelabuhan Kemaman , Terengganu Lapang Terbang
Antarabangsa Bayan,
Lepas, Penang
Johor Bahru, Johore Pelabuhan Pulau Pinang dan Butterworth, Pulau Pinang Lapang Terbang
Antarabangsa Labuan,
Lepas, Wilayah
Persekutuan
Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang Pelabuhan di Lumut -
Station Kastom di Pengkalan Hulu Pelabuhan di Tanjung Pelepas
Pelabuhan di Labuan
-

Jadual di atas menunjukkan Pintu Masuk yang telah di Gazetkan di Negara ini.