Majlis Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Kuala Linggi yang telah berlangsung pagi ini di Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Kuala Sungai Baru. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir bersama YB Datuk Dr. Mohd Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Barisan Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin atasan Negeri Melaka. Mewakili Jabatan Veterinar Negeri Melaka, Dr Mariati Binti Daud Gan, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kawasan Masjid Tanah turut serta menyertai program ini dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan,pameran kawalan penyakit dan khidmat nasihat bagi mendekati penduduk Dun Kuala Linggi.