Syarat permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Terbuka kepada penternak yang telah menternak melebihi 6 bulan
4. Mempunyai kawasan penternakan (milik sendiri, disewa, atau diberi kebenaran guna)
5. Mempunyai reban dan peralatan penternakan yang masih berfungsi dengan baik
6. Kesesuaian lokasi ternakan ayam/ladang dan tiada isu kacau ganggu bau dan lalat
7. Permohonan ini hanya untuk penternak di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja
8. Tarikh permohonan bermula 8 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026
9. Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat permohonan sahaja akan diproses
10. Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar